Thursday, 13 June 2013

TaMaR eLaK JaNgKiTaN KuLiT

Assalammualaikum..

U know it is what???

Tamar or Kurma..Mat Saleh sebut Dates..

Tengah dok belek-belek majalah kecantikan ni kan..
Terjumpalah pulak info tentang buah di zaman Nabi-Nabi ni..

Jom scroll ke bawah and read that information..

Buah kurma bukan hanya dipercayaai mempunyai khasiat kesihatan seperti mencegah strok. Tetapi tahukan anda bahawa kurma juga memiliki khasiat yang dipercayaai dapat membuat wajah tampak segar, bersinar dan menjauhi infleksi kulit?

Kandungan vitamin B 6 dan protein di dalam setiap biji kurma dapat mencegah jangkitan kulit, melewatkan proses kedutan kulit dan penuaan.

Selain daripada mengamalkan makan buah kurma untuk tujuan kesihatan dan kecantikan kulit wajah, kurma juga boleh dijadikan scrub.

Caranya adalah dengan mencampurkan 8 biji kurma dan 1/2 sudu oatmeal ke dalam mesin pengisar, kisar hingga lumat. Basahkan tubuh kemudian lumurkan ke seluruh badan dan wajah secara perlahan.
Selepas 15 minit cuci muka dan seluruh badan dengan air bersih..

-SEKIAN-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Valentine's Day Pumping Heart