Assalammualaikum..
Wah.. buat tajuk JAGUNG pulak..
[Jagung rebus]
Super dupper yummy...!! Nothing say anything...!!
U all suka makan jagung tak?? Kalau Erin.. Memang suka sangat dengan jagung..
If kat beli jagung.. For sure akan beli udang jugak..
Why?? Sebab nak buat cucur udang jagung..(My Favourite)
[Jagung mentah]
Okay.. Let's to read about the sweet corn..
(Scroll below)
Jagung bukan hanya sedap malah berkhasiat. Ia merupakan sumber protein, vitamin dan galian penting seperti kalsium dan fosforus.
[Jagung kukus]
Seperti kebanyakan bijirin, jagung adalah makanan pemberi tenaga. Ia memberikan kira-kira 355 kalori bagi setiap 100 g, lebih sedikit daripada nasi yang menyediakan 352 kalori.
Selain itu, jagung juga mengandungi lebih banyak vitamin berbanding kebanyakkan buah yang diimport. Contohnya, 100 g jagung memberikan 43 mcg vitamin A. Ini merupakan 43 kali jumlah yang terdapat dalam pear dan lebih enam kali dalam epal.
[Jagung bakar]
Sebagaimana yan g kita tahu vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik. Ia juga membantu memelihara kulit daripada kekeringan dan pertumbuhan tulang.
[Jagung yang telah dikepak]
Jagung juga merupakan sumber serat yang baik, kerana ia memberikan 2 g bagi setiap 100g. Serat dapat melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit.
-Sekian-






No comments:
Post a Comment