Monday 2 September 2013

Selamanya Di Hati

Sayu hatiku mengenangkan perpisahan ini..
Takdirnya Ilahi maka ini yang terjadi..
Aku pasrah dalam derita apabila kau dijemput pergi..
Hanya doa kudus dari ku mengiringi mu..

Aku hanya berserah pada takdir ini..
Dalam rindu ku sering terpapar wajah mu..
Wajah suci, ceria, manja dan segalanya..
Kini semuanya sudah tiada..

Ku lihat kau tenang di pusara itu..
Dimana kelihatan banyangan senyuman mu..
Walaupun aku sunyi, walaupun sedih..
Hidup ini perlu aku teruskan jua..

Kau selamanya di hatiku..
Walaupun jarak kita merentasi alam..

Hasil Nukilan : Puteri Airyn

Sunday 1 September 2013

Best Kan Jalan-jalan

Assalammualaikum..
Fuh..!! Rindu sih with this blog.. Lama tak uplaod sini kan.. Nak new entry?? Okay.. Erin taip di sini pulak yer..Hohoho.. update pasal perjalanan emergency yang sangat osem..Kenapa emergency.. Sebab ia tidak dirancang sama sekali dan keputusan untuk bertolak ke Kuala Pilah diputuskan sebelum sejam bertolak..Dasyat kan?

Pandangan dari dalam kereta..Nampak tak tulisan KUALA PILAH tu.. tak sempat nak snap, kereta meluncur laju..

Nilah Jabatan Belia dan Sukan Paroi Negeri Sembilan

Aceceh.. Bergambar dengan kereta JPJ pulak.. Hehe..Siap possing lagi tu.. Aish..

Haha.. Katil berselerak.. Malas nak lipat kain selimut tu.. Hotel punya.. Kasi depalah kemaskan..

Masa perjalanan pulang, singgah makan di Restoran Pak Hailam di TESCO Extra di Senawang Negeri Sembilan.. Mama Erin tu mengidam nak makan bihun sup di Restoran ni.. Dia cakap sedap..

View di hadapan Restoran Pak Hailam..Hangpa pun suka masuk Restoran ni dak??

Macam best je picture ni.. So, Erin pun snap..

Haaa... Hat ni memang Erin tak boleh nampak.. Kalau nampak gerai ni terketaq-ketaq nak beli TAKOYAKi.. Sedap baq hang..Alah ni makanan Jepun weh.. Hangpa try lah sekali.. sedap ooo..cucuq ni..

Pemandangan dari Restoran Jejantas Sungai Buluh.. Wow.. cantiknya pemandangan..
Thank you abah sebab teman Erin untuk dapatkan gambar yang cantik ni..

Ni picture masa on the way nak balik ke Kedah.. Abah siap pakai sarung tangan lagi.. Katanya sejuk...Yang ada kat depan tu GPS.. Benda alah ni yang guide kami..Thank you GPS kerana membantu..

Ha...Menyusuri kawasan bukit ni.. Hati-hati ye memandu..

auwch.. Masuk terowong pulak..Wah gelapnya.. hehe.. padahal ada je lampu..saja lah tu..

Okay sekian cerita yang ringkas tentang perjalananku ke Kuala Pilah sessi Ogos 2013..Nantikan the next entry..Itu pun kalau Erin rajin nak update kot blog ezrynsweety ni.. Hehe..Terima kasih sudi baca dan lihat.. Kalau rajin boleh komen-komen..

Saturday 27 July 2013

AiSH.. SuSaHnYa EdiT bLOgSkiN

Assalammualaikum..

Blog ni selalu jadi blog percubaan Erin.. Bukan apa Erin memang risau blog puteriairyn tu jadi something if Erin selalu dit try and error.. So, wujud blog ni untuk test dulu.. Sebab tu Erin jarang nak update blog ni..

So far.. jadi jugak lah blogskin kat blog ni.. Then baru Erin tahu.. bila kita gunakan blogskin dari website lain.. Banyak template kita tak boleh edit dan telah diblock kan..

So, untuk blog ezrynsweety , Erin pilih blogskin ni..

dari website ni : KLIK SINI

Okay sekian ^_@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Valentine's Day Pumping Heart