Monday, 24 June 2013

Ini Tidak Adil


Assalammualaikum...Hey guys...

Kalaulah belog ini bisa berbicara.. Sohih dia akan cakap macam ni..."Ini Tidak Adil.."

I'm so sorry.. Bukan nak bias..tapi memang pun.. Hik hik hik...
Erin jaranglah nak tulis kat belog yang comey ni lagi putih bersih.. Bukan apanyer.. sebab dok kalut nak tulis pelbagai info di belog Puteriairyn..Bukan sebab Erin ni nak tingkatkan trafic..
Trafic tu tak penting sangat pun.. Ye ke?? Hehehe..

Walaupun belog puteriairyn tu nampak macam serabut sikit.. Tapi Erin suka.. Belog ezrynsweety ni pun Erin suka.. tapi entah ler.. jarang je nak sign in kat sini..Tu tak pa lagi.. Facebook Erin yang ada 3 tu pun Erin dah jarang sign in.. Macam tak de apa je dalam FB tu.. So..Biar eh dia berhabuk...

Ha.. cerita terbaru pasal Erin?? Hmm.. sekarang teruja nak pergi Redang...Sangat excited lol...

Tu je nak cerita pun...Hik hik hik...

Saturday, 15 June 2013

JaGuNg

Assalammualaikum..

Wah.. buat tajuk JAGUNG pulak..

[Jagung rebus]

Super dupper yummy...!! Nothing say anything...!!
U all suka makan jagung tak?? Kalau Erin.. Memang suka sangat dengan jagung..
If kat beli jagung.. For sure akan beli udang jugak..
Why?? Sebab nak buat cucur udang jagung..(My Favourite)

[Jagung mentah]

Okay.. Let's to read about the sweet corn..
(Scroll below)

Jagung bukan hanya sedap malah berkhasiat. Ia merupakan sumber protein, vitamin dan galian penting seperti kalsium dan fosforus.

[Jagung kukus]

Seperti kebanyakan bijirin, jagung adalah makanan pemberi tenaga. Ia memberikan kira-kira 355 kalori bagi setiap 100 g, lebih sedikit daripada nasi yang menyediakan 352 kalori. 

Selain itu, jagung juga mengandungi lebih banyak vitamin berbanding kebanyakkan buah yang diimport. Contohnya, 100 g jagung memberikan 43 mcg vitamin A. Ini merupakan 43 kali jumlah yang terdapat dalam pear dan lebih enam kali dalam epal. 

[Jagung bakar]

Sebagaimana yan g kita tahu vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik. Ia juga membantu memelihara kulit daripada kekeringan dan pertumbuhan tulang.

[Jagung yang telah dikepak]

Jagung juga merupakan sumber serat yang baik, kerana ia memberikan 2 g bagi setiap 100g. Serat dapat melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit.

-Sekian-

Friday, 14 June 2013

KeBaiKaN TeH

Assalammualaikum..

Siapa kat sini obvous minum teh??
Teh ni mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita..Kalau nak kurus dan cantik boleh amalkan meminum teh ni.. Tak kiralah sama ada teh hijau, kuning, berperisa atau sebagainya..

Okay scroll ke bawah untuk baca info teh ini selanjutnya...

Sebagaimana yang kita tahu, teh adalah minuman berkafein yang dihasilkan daripada daun atau pucuk renek Camellia Sinensis atau Camellia thea

Cara pemprosesan teh adalah dengan proses pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan.

Anrtara kebaikan meminum teh hijau adalah..

Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. 
Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
(Wah.. bagus teh ni kan?)

Ini pula tentang teh hitam

Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. 
Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. 
Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. 
Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

Okay sekian..Amalkan selalu yer...!!

BuAH KuRmA


Assalammualaikum..

Apa lah asyik letak tajuk entri pasal kurma or tamar je ni..

Picture ni snap time bulan puasa tahun lepas..
Time bulan  puasa memang Erin and family suka sangat beli kurma chocolate ni..and kurma yang kecil-kecil
as kurma nabi..Kalau ada kurma yang fresh tu kat bazar ramadam.. sure akan beli..
Kurma fresh yang warna kuning keemasan tu memang sedap dan manis..
Kalau yang besar and warna meroon tu rasa macam kelat sedikit..
Ikut U all lah suka yang mana pun..

Apa yang penting buah kurma ni dapat beri kita energy semasa menjalankan ibadah puasa..
Selalunya orang akan makan dalam angka yang ganjil..as 3, or 7..
same with raisin..Sapa suka raisin angkat tangan?? Hehehe..

-Sekian-

Thursday, 13 June 2013

eLaK 3 bUaH sEbAB KePuTiHaN

 
Keputihan (vaginal candidiasis) atau infeksi di bahagian vagina adalah disebabkan oleh kulat candida
dan bakteria. Kulat yang berlebihan di vagina disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti makanan.

Pengambilan makanan berlebihan gula menjadi faktor risiko berlakunya keputihan. Contohnya donut, gula-gula getahserta makanan manis yang lain yang diambil secara berlebihan.

Selain itu terdapat tiga jenis buah yang boleh menyebabkan keputihan jika diambil secara berlebihan iaitu buah nanas, timun dan sengkuang.

KuLiT LeMBuT DeNgAN LiMaU NiPiS



Selalu nak buat sambal belacan je U all guna limau nipis ni kan..
Air limau nipis kalau dicampur dengan asam boi.. Memang marvelous lah kan.. 
Tapi U tahu tak.. limau nipis ni ada pelbagai kegunaan..

Antaranya..(Scroll ke bawah ni..)

Limau nipis walaupun masam rasanya tetapi ia kaya dengan manfaat kecantikan.
Salah satu daripadanya ialah dapat melembabkan bahagian kulit yang kering..

Untuk mengatasi masalah kulit kering dan bersisik..U all bolehkah menyiram air mandian ke tubuh badan..
Kemudian menyapukan hirisan limau nipis ke atas kulit yang kering tadi..
Dan kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih..

Try ye..Jangan Tak Try.. ^_@

TaMaR eLaK JaNgKiTaN KuLiT

Assalammualaikum..

U know it is what???

Tamar or Kurma..Mat Saleh sebut Dates..

Tengah dok belek-belek majalah kecantikan ni kan..
Terjumpalah pulak info tentang buah di zaman Nabi-Nabi ni..

Jom scroll ke bawah and read that information..

Buah kurma bukan hanya dipercayaai mempunyai khasiat kesihatan seperti mencegah strok. Tetapi tahukan anda bahawa kurma juga memiliki khasiat yang dipercayaai dapat membuat wajah tampak segar, bersinar dan menjauhi infleksi kulit?

Kandungan vitamin B 6 dan protein di dalam setiap biji kurma dapat mencegah jangkitan kulit, melewatkan proses kedutan kulit dan penuaan.

Selain daripada mengamalkan makan buah kurma untuk tujuan kesihatan dan kecantikan kulit wajah, kurma juga boleh dijadikan scrub.

Caranya adalah dengan mencampurkan 8 biji kurma dan 1/2 sudu oatmeal ke dalam mesin pengisar, kisar hingga lumat. Basahkan tubuh kemudian lumurkan ke seluruh badan dan wajah secara perlahan.
Selepas 15 minit cuci muka dan seluruh badan dengan air bersih..

-SEKIAN-

JaLaN-JaLaN CaRi MaKaN

Jalan-jalan cari makan.. Macam tv show pulak kan..
Ni cerita basi dah ni..Time ni Arwah tok belanja kami..
Di Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelek Penang..

  
Antara Menu Erin pilih.. Jus Oren


Cendawan goreng.. Famous gak ni..Mesti try okay..!!

Wah.. ni feberet ni..Ais Batu Campur.. ABC..
Ada lagi menu yang Erin tak sempat nak snap..Tak pe lah..Next time pi lagi..
InsyaAllah... 

Kalau U all nak maklumat lanjut tentang Restoran yang best ni..
Jom ke  http://www.puncakmutiara.com

My DiSHeS :YoGuRT


Wah...Yogurt pulak..
Wow..teruja tak..Teruja tak??

Mesti lah teruja,right...??Smile Yogurt..
Ni Erin pi makan dengan adik..(Before dia masuk KMNS lah..)

Harga?? Hehehe.. murah saja.. campuq mai..campuq pi..
Pi mai pi mai.. Dok ada dalam RM16 je..
What???
Sabaq-sabaq jangan buat terkejut boleh? Yang U all makan Biskin Robbin yang mahai tu okay plak noh?

Tak sampai pun RM20..Kalau lajak skit lagi.. may be lah kot..
Kiranya ni special dish lah yang Erin nak tunjuk kat blog ni..

Okay..Nak cerita sikit pasal kebaikan yogurt ni boleh..??

TAHUKAH anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. 

Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.


Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. 
 
Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.

Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. 

 
Untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan harian dan berusaha menurunkan berat badan, yogurt adalah pilihan tepat. Yogurt dapat membantu anda merasakan nikmat kekenyangan. Walaupun pengguna mengamalkan makan makanan ringan seperti yogurt, mengurangkan kalori di dalam badan tidak akan lengkap tanpa senaman yang mencukupi setiap hari. Oleh itu, yogurt menyebabkan penilaian kelaparan yang lebih rendah dan penilaian kenyang yang lebih tinggi daripada makanan ringan yang lain.
Ia amat sesuai untuk semua peringkat usia, 
Okay..Info kat atas tu copy dari BH punya website..Hehehe..
Silalah baca yer..(Untuk yang rajin membaca saja..Yang malas..Tak yah baca)

Macaron


Hmm..sedapnya macaroon..
Ye ke sedap?? May be kot..
Sapa besa makan macaroon ni angkat tangan..!!
Ni picture macaroon yang Erin beli hari tu..Beli dekat kedai kek sayang je..
So far okay lah.. rasa makanan baru kan..dah berkurun pun ada di dunia ni..
Cuma Erin je baru nak rasa..Dah orang cakap sedap..Kita pun cuba lah kan..
Hasil dari dok search google.. Didapati macaroon ini berasal daripada Italy
Orang Italy menyebutnya sebagai 'Maccarone' atau 'maccherone'
Macaroon ini diperbuat daripada putih telur, gula pasir, serbuk badam, serta pewarna makanan..
Larousses Gasronomique adalah bandar dikatakan dimana Macaron ini dicipta. Ada setengah mengataan Chef Pastri seorang Itali telah membawa resepi ke Perancis pada tahun 1953 selepas berkahwin dengan Raja Henry II Perancis. Pada tahun 1830an, 2 keping Macaron telah dilapik dengan isian jem, krim mentega seperti yang terdapat hari ini.
So..Begitulah ceritanya tentang macaroon ni..Rupa macam biskut..tapi rasa..tak tau nak cerita..
Better U all pi rasa sendiri..Pastu cerita kat I okay...

-SEKIAN-


Syukur Alhamdulillah



Syukur Alhamdulillah..Ni satu lagi blog Erin..
Blog ni may be untuk bahan-bahan ilmiah sahaja..
I like writing..So, wujudkan lagi satu blog..
link blog di atas ni..Erin akan update jugak selalu..
Tq..kerana sudi baca.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Valentine's Day Pumping Heart