Monday, 24 June 2013

Ini Tidak Adil


Assalammualaikum...Hey guys...

Kalaulah belog ini bisa berbicara.. Sohih dia akan cakap macam ni..."Ini Tidak Adil.."

I'm so sorry.. Bukan nak bias..tapi memang pun.. Hik hik hik...
Erin jaranglah nak tulis kat belog yang comey ni lagi putih bersih.. Bukan apanyer.. sebab dok kalut nak tulis pelbagai info di belog Puteriairyn..Bukan sebab Erin ni nak tingkatkan trafic..
Trafic tu tak penting sangat pun.. Ye ke?? Hehehe..

Walaupun belog puteriairyn tu nampak macam serabut sikit.. Tapi Erin suka.. Belog ezrynsweety ni pun Erin suka.. tapi entah ler.. jarang je nak sign in kat sini..Tu tak pa lagi.. Facebook Erin yang ada 3 tu pun Erin dah jarang sign in.. Macam tak de apa je dalam FB tu.. So..Biar eh dia berhabuk...

Ha.. cerita terbaru pasal Erin?? Hmm.. sekarang teruja nak pergi Redang...Sangat excited lol...

Tu je nak cerita pun...Hik hik hik...

Saturday, 15 June 2013

JaGuNg

Assalammualaikum..

Wah.. buat tajuk JAGUNG pulak..

[Jagung rebus]

Super dupper yummy...!! Nothing say anything...!!
U all suka makan jagung tak?? Kalau Erin.. Memang suka sangat dengan jagung..
If kat beli jagung.. For sure akan beli udang jugak..
Why?? Sebab nak buat cucur udang jagung..(My Favourite)

[Jagung mentah]

Okay.. Let's to read about the sweet corn..
(Scroll below)

Jagung bukan hanya sedap malah berkhasiat. Ia merupakan sumber protein, vitamin dan galian penting seperti kalsium dan fosforus.

[Jagung kukus]

Seperti kebanyakan bijirin, jagung adalah makanan pemberi tenaga. Ia memberikan kira-kira 355 kalori bagi setiap 100 g, lebih sedikit daripada nasi yang menyediakan 352 kalori. 

Selain itu, jagung juga mengandungi lebih banyak vitamin berbanding kebanyakkan buah yang diimport. Contohnya, 100 g jagung memberikan 43 mcg vitamin A. Ini merupakan 43 kali jumlah yang terdapat dalam pear dan lebih enam kali dalam epal. 

[Jagung bakar]

Sebagaimana yan g kita tahu vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik. Ia juga membantu memelihara kulit daripada kekeringan dan pertumbuhan tulang.

[Jagung yang telah dikepak]

Jagung juga merupakan sumber serat yang baik, kerana ia memberikan 2 g bagi setiap 100g. Serat dapat melancarkan proses penghadaman dan mencegah sembelit.

-Sekian-

Friday, 14 June 2013

KeBaiKaN TeH

Assalammualaikum..

Siapa kat sini obvous minum teh??
Teh ni mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita..Kalau nak kurus dan cantik boleh amalkan meminum teh ni.. Tak kiralah sama ada teh hijau, kuning, berperisa atau sebagainya..

Okay scroll ke bawah untuk baca info teh ini selanjutnya...

Sebagaimana yang kita tahu, teh adalah minuman berkafein yang dihasilkan daripada daun atau pucuk renek Camellia Sinensis atau Camellia thea

Cara pemprosesan teh adalah dengan proses pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan.

Anrtara kebaikan meminum teh hijau adalah..

Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. 
Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
(Wah.. bagus teh ni kan?)

Ini pula tentang teh hitam

Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. 
Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. 
Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. 
Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

Okay sekian..Amalkan selalu yer...!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Valentine's Day Pumping Heart